Akhlak.

*Jadilah Orang Yang Paling Berakhlak*

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا

Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian.” (HR Tirmizi No: 1898) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia

Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)] Status: Hadis sahih

2. Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya

3. Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW

4. Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk yang lain.

30 Oktober 2021
23 Rabiul Awal 1443H

Advertisement

Umor.

Umur semakin Tua, Perbanyakanlah Amalan

Kita semakin tua tetapi sering perasan muda, hakikatnya samada tua dan muda perkara yang paling utama yang kita perlu lihat dan renungkan pada diri kita adalah AMALAN.

Tidak ada gunanya hidup di usia yang panjang jika tidak mahu memperbaiki diri dengan amalan dan jangan sesekali fikir bahawa hidup di usia muda akan merasakan bahawa kehidupan masih panjang kerana AJAL tidak disyaratkan kepada jumlah umur.

Oleh itu perbanyakkanlah amalan-amalan baik supaya dapat menjadi bekalan di akhirat nanti.

Lakukanlah amal, walau pun bermula dengan tidak ikhlas. Lama kelamaan apabila dilatih akhirnya ikhlas datang dengan sendiri. Jika hendak tunggu benar-benar ikhlas sampai bila pun kita tidak akan mulakan.

@quotephotovideo 🐝🐝🐝